
Di Taman Buaya Pasir Gudang, haiwan berkaki empat itu menjadi tarikan utama para peminatnya yang mungkin terdiri dari 'BUAYA'. :)
Taman buaya ini adalah salah satu tarikan terbaru bagi Pasir Gudang. Menempatkan lebih 100 ekor buaya pelbagai saiz dan jenis sudah cukup membuatkan pengunjung teruja. Walaupun pada hakikatnya rupa fizikal buaya yang terdapat disini sama dan mungkin agak membosankan untuk melihai lihat satu buaya ke satu buaya yang lain, namun dengan adanya aktiviti yang diatur, seperti pertunjukan buaya, informasi mengenai buaya dan aktiviti memberi makan kepada buaya-buaya ini, kunjungan ke Taman Buaya Pasir Gudang menghiburkan.
Pengunjung perlu berhati-hati dengan buaya-buaya tersebut, kerana mereka sentiasa teringin untuk menggigit pengunjung yang berani...
No comments:
Post a Comment